......dia sayang kamu, kamu mainkan dia. dia jaga kamu, kamu tak pedulikan dia. dia cintakan kamu, kamu curang di belakang dia. kamu akan rasa kehilangan satu hari nanti, tapi dia takkan pernah kembali.......

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.
Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...
Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.
Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.
Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.
Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?
Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.
Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."
Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?


hanya manusia biasa

payung oh payung

asalamualaikum


hallo!

 berdirinya gua disini gua nk cita kat lu smua pasal payung. (gua x berdiri sebenarnya gua bercangkung sambil menaip laju). lu taw payung? omputeh call it an umbrella owg sepanyol sebut paraguas kalo x silap gua arab sebut muthlah.
  payung ni ada mcm2 jenis mcm2 kaler mcm2 saiz. lu bole pilih mana lu suka. lu boleh beli kat pasar pagi, pasar tani, pasar malam, uptown pun ada. xsusah nk cari pon.
  apa pasal lu beli payung??
cuaca malaysia ni x menentu sat hujan sat panas melampau tu pasal lu kena ada payung kan kan..

 tapi bila cuaca elok panas pon x hujan pon mana lu letak lu punya payung?
lu tinggal dlm boot keta
lu tinggal tepi almari
atas almari pon ada
bia di luar rumah
  tp bila lu memerlukan payung. dia sedia berkhidmat untuk lu..
bila lu xmaw pakai lu tinggal balik
 kadang2 smpai berabuk payung tu.. lekang rosak lu xjaga ma
pas2 bila hujan lu cari la balek payung tu
bila lu guna bocor sana bocor sini.
lu x suka lu buang tros cmpak masuk tong sampah.
..... hbs cita gua

tp lu boleh bayang x kalo hidup lu mcm payung..???
kalo payung lu tu hidup apa lu rasa payung tu maw ckp sama lu?
ataupun lu saja jadi payung maw?
lu rasa hidup mcm payung ni best x..

pada kekawan yg penah hidupnya mcm kisah payung gua ni.
gua respect sama lu.
xsmua bole idup mcm payung tp still bole hepi..
hati maw kental jiwa maw kebal hidup tiada sesal
hati biar suci, supaya tidak dibenci, malah dicintai illahi.
cinta manusia tidak pasti, cinta illahi kekal abadi..


hanya manusia biasa

| let he/she move on |

orang cakap, kalau kita nak tahu
dia tu untuk kita, lepaskan dia pergi.
jika ia kembali bermaksud dia milik kita

well i guess if i love you, i should let you move on
you'll come back to me if you did love me. Right?
biar sakit sekarang, jangan sakit kemudian hari :)
redha jelah. ^_^v

May-5
hanya manusia biasa